Resepi Nasi Goreng

Resepi Nasi Goreng – Nasi yang sudah berbaki dalam periuk biasanya saya rencanakan nak buat nasi goreng. Sayang juga kan nak buang nasi. Di antara banyak macamnya, nasi goreng kampung yang paling saya suka. Maklum lah, lidah orang kampung dah sebati dengan masakan kampung juga. Berbeza daripada nasi goreng biasa, nasi goreng kampung terkenal dengan kepedasannya kerana menggunakan cili api dalam memasak. Hari ini saya akan share resepi nasi goreng kampung yang special dan simple.

Resepi Nasi goreng kampung ialah salah satu masakan popular yang mudah di dapat di Malaysia selain nasi ayam. Nasi ni kesukaan ramai orang, tak mengira bangsa di Malaysia je. Rata-rata orang suka kerana rasanya yang enak dan sedap, penyediannya cepat, lagi mengenyangkan.  Nasi goreng memang menjadi masakan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita tak kira untuk sarapan pagi, makan siang atau malam hari.

Resepi Nasi Goreng Kampung

resepi nasi goreng kampung
youtube.com

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk di peroikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kecap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk

  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara masak nasi goreng kampung

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Resepi Nasi Goreng Cina

resepi nasi goreng cina
cookpad.com

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 1 sudu besar lada sulah di tumbuk
  • 2 biji telur
  • isi ayam dan udang secukupnya
  • karot, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris
  • minyak bijan
  • minyak masak

Cara masak nasi goreng cina

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam, dan karot.
  4. Masukkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
  5. Ketepikan dan tuang telur. Kacau rata hingga telur masak. Boleh tambah minyak jika nampak kering.
  6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masukkan nasi tadi dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau hingga sayur agak lembut.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng special dan simple? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.

Leave a Comment